Kursus Kenegaraan
Khamis 19/3/2009 yang lepas aku telah menghadiri kursus wajib untuk lulus PTK iaitu Kursus Kenegaraan yang sebelum ini aku jangkakan sama seperti kursus bina negara kerana dianjurkan oleh BTN iaitu Biro Tata Negara. Rupa-rupanya jauh berbeza diantara Kursus Bina Negara dan Kursus Kenegaraan, aku bersyukur kerana terpilih untuk menjayakan kursus ini dan dapat mendapat satu ilmu yang sangat berguna dalam memupuk kesedaran agar kita menyayangi negara tercinta ini.
Pada aku, matlamat kursus ini tercapai dengan jayanya (untuk diri aku) tapi untuk peserta yang lain aku tak tahu, cuma yang pastinya semua slot dan segmen LDK yang direncanakan telah berjaya membangkitkan semangat patriotik dalam diri setiap peserta.
Tayangan yang menggantikan beberapa siri tazkirah telah mengembalikan nostalgia detik-detik bagaimana kemerdekaan telah dicapai walaupun tanpa sebarang pertumpahan darah. Sebaliknya diperolehi dengan berunding dimeja secara perdamaian dan perpaduan.
Perjanjian sosial yang dimeterai oleh datuk nenek moyang dahulu diantara bangsa melayu, cin dan india telah membuahkan buah kemerdekaan yang sangat manis akhirny dapat dikecapi oleh sekelian rakyat sehingga hari ini.
4 Segmen pembentangan kertas kerja yang masing-masing membawa tajuk Tanahair, Rakyat, Kerajaan dan Kedaulatan telah menjelaskan konsep sebuah negara merdeka yang unik iaitu negara Malaysia.
Diakhir kursus kami telh ditunjukkan beberapa sisipan video yang menunjukkan betapa teruknya kehidupan mangsa perang diseluruh dunia. Keinsafan lahir apabila tayangan detik 13 Mei 1969 di mulakan. Tidak pernah terlintas dihati ini ingin kejadian berdarah sedemikian berulang lagi.. dan doaku agar negara malaysia terus aman damai sehingga ke anak cucuku.
Semoga mereka yang terkemudian nanti dapat menikmati keamanan bumi malaysia. Amin…